OUR PROGRAMMES



Apa silibus kami?

Kami menawarkan ilmu yang perlu ada bagi individu-individu yang mahu mempersiapkan diri mereka untuk menghadiri interview dengan syarikat-syarikat penerbangan.Waktu dan tarikh program kami adalah fleksibel.


1.PREVIEW SESSION PERCUMA
Anda akan diberi taklimat percuma tentang beberapa langkah penting yang perlu diambil sebelum menghadiri temuduga di samping berkongsi pengalaman menyeronokkan menjadi seorang pramugara/pramugari.


2.CABIN CREW EXCELLENT CLASS
-Persediaan resume
Anda akan diajar teknik-teknik penyediaan resume yang lengkap sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak-pihak penerbangan.
Anda juga akan diajar bagaimana membuat research (mencari data dan maklumat) mengenai syarikat penerbangan yang bakal anda sertai.
Selain itu,anda juga perlu tahu jobscope kerja yang anda pohon yang merangkumi peranan anda sebagai duta yang mewakili syarikat penerbangan itu sendiri.


-Grooming Standard (tatahias diri)
Subjek ini merupakan subjek favourite pelajar kami di mana anda akan diajar bagaimana untuk mengaplikasikan make-up,berkenaan posture yang betul untuk duduk,berjalan dan bertutur semasa interview.
Anda juga akan di ajar mengenai etika berpakaian,pilihan warna dan fabric,kasut dan aksesori lain yang patut di bawa atau tidak ketika temuduga.
Selain itu,etika pergaulan ketika menghadiri sesi temuduga juga amat penting untuk anda tahu.Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika sesi interview dijalankan.
Di akhir sesi subjek ini,anda akan memperolehi keyakinan untuk tampil menarik pada hari temuduga persis seorang pramugara/pramugari.


-Frequently Q & A (dialogue session)
Ini merupakan sesi praktikal untuk anda berlatih soal jawab untuk temuduga.Latihan dan jawapan yang diberikan merupakan soalan lazim yang akan ditanya ketika sesi interview.
Soalan-soalan berdasarkan survey yang kami lakukan supaya anda akan lebih bersedia dan boleh menjangkakan soalan-soalan yang bakal disoal penemuduga.
Sesi latihan akan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris agar pelajar-pelajar dapat membiasakan diri selesa bertutur dan lebih yakin pada hari temuduga.
Duration (tempoh belajar):4jam satu sesi(untuk 2 sesi)
Bayaran:RM169


3.Private Tutor 'one to one'
Coaching individu secara 'one to one'.
Sesi ini adalah untuk pelajar yang telah mengikuti Cabin Crew Excellent Class atau pun untuk individu yang mahukan sesi pembelajaran yang lebih efektif dan privasi.
Sesi ini juga amat digalakkan untuk mereka yang akan menghadiri interview dalam masa terdekat dan mahu melakukan 'quality check' atas diri mereka supaya mendapat persediaan yang lebih mantap.
Sesi pembelajaran akan diadakan secara orang perseorangan (one to one) dengan lebih terperinci kerana tenaga pengajar akan lebih mudah mengesan sudut kelemahan yang memerlukan lebih fokus dan improvasi (improvement).
Silibus meliputi semua subjek secara lebih detail dan advance.
Penekanan diberikan kepada latih-tubi soal jawab dalam Bahasa Inggeris.
Duration (tempoh belajar):8jam(masa fleksibel)
Bayaran:RM249


4.English for Airlines
Masalah bertutur dalam Bahasa Inggeris memang menjadi punca utama pelajar gagal interview.
Sesi pembelajaran diadakan secara sesi dialog yang mana ia akan lebih menyeronokkan.
Sesi bertutur dalam Bahasa Inggeris tidak akan membosankan lagi kerana anda tidak lagi memerlukan buku teks!
Kami mencipta satu program mempelajari Bahasa Inggeris yang sangat efektif dan berkesan.
Silibus ini dicipta kepada mereka yang ingin memberi penekanan Bahasa Inggeris di dalam sesi temuduga dan juga di dalam penerbangan.
Duration (tempoh belajar):1 1/2jam
Bayaran:RM39


Kami juga sentiasa mengemaskini akan tarikh-tarikh temuduga yang akan diadakan oleh pelbagai syarikat-syarikat penerbangan supaya pelajar-pelajar kami akan dapat merebut peluang yang ada.
















No comments: